Jamuan Hari Raya Aidilfitri KEDA, RTC Kedah & Komuniti RTC Kedah (Kerjasama PI Napoh)
01 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniJamuan Hari Raya Aidilfitri KEDA, RTC Kedah dan Komuniti dengan kerjasama PI Napoh dianjurkan pada 31 Julai 2016 bertujuan untuk merapatkan perpaduan antara kaum tanpa mengira agama dan bangsa dengan berkumpul dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain.
Manfaat dari majlis ini ialah dapat mendidik orang ramai untuk menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh setiap kaum. Disamping itu, dapat berkongsi rezeki bersama-sama tanpa mengira bangsa dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.
Seterusnya, program ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan Agensi-agensi Kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: