Pinjaman Buku Berkelompok Anjuran Perpustakaan Desa Kampung Tradisi Changlun (Kerjasama PI Napoh)
15 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPinjaman Buku Berkelompok anjuran Perpustakaan Desa Kampung Tradisi Changlun dianjurkan pada 14 Ogos bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dan memupuk minat di kalangan orang ramai serta memanfaatkan ahli Pusat Internet 1 Malaysia Napoh dapat menikmati pelbagai jenis bahan bacaan dan perkhidmatan yang disediakan.
Kelebihan program Pinjaman Buku Berkelompok ini dianjurkan ialah dapat menyebarkan minat membaca di kalangan dewasa dan kanak-kanak serta dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti membaca. Selain itu, dapat mengelakkan golongan remaja dan kanak-kanak dari gejala yang tidak sihat.
Seterusnya, program ini juga dapat memperkenalkan PI dan fungsinya kepada komuniti serta membudayakan aktiviti membaca tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: