"Moh Ngeteh" Dan Sambutan Hari Kebangsaan 2016 (Kerjasama PI Napoh)
30 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini"Moh Ngeteh" dan Sambutan Hari Kebangsaan 2016 ini dianjurkan sempena Hari Kemerdekaan 2016 yang berlangsung pada 29 Ogos 2016. Program ini disertai oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan NGO dan Pusat Internet 1 Malaysia Napoh.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cinta akan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik. Sekali gus dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia ini.
Disamping itu, program ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan Agensi-agensi Kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: