Sambutan Hari Kemerdekaan PDK Daerah Kubang Pasu (Kerjasama PI Napoh)
02 September 2016 | Aktiviti TerkiniSambutan Hari Kemerdekaan PDK Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama PI Napoh dianjurkan sempena Hari Kemerdekaan 2016 yang berlangsung pada 1 September 2016. Program ini disertai oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan NGO dan Pusat Internet 1 Malaysia Napoh.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cinta akan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik. Sekali gus dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia ini. Banyak aktiviti menarik yang diadakan seperti pertandingan mengopek kelapa, pakaian beragam, persembahan tarian dan nyanyian dan sukaneka.
Di samping itu, program ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan Agensi-agensi Kerajaan dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: