Kursus Pemasaran Melalui Portal Argobazaar.com
29 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 27 dan 28 Julai 2015, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan Kursus Pemasaran Melalui Portal AgroBazaar.com . Program ini di anjurkan oleh FAMA Negeri Kedah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan FAMA serta usahawan kecil – kecilan bagi mengembangkan pasaran produk mereka secara atas talian. Peserta yang hadir terdiri daripada usahawan sekitar Negeri Kedah. Kursus ini di kendalikan oleh pegawai pemasaran FAMA Encik Nor Azhar bin Abdul Hamid. Peserta diajar terlebih dahulu mengenai cara membuat iklan, mempelajari strategi pemasaran bagi mempromosikan produk sekaligus menarik perhatian pembeli sebelum dipasarkan di dalam portal AgroBazaar.com.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: