Lawatan Usahawan Ke Projek Ternakan Ladang Kelulut
13 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniBertarikh 12 Mac 2016, bertempat di Ladang Ternakan Madu Kelulut Pokok Sena Kedah, lawatan ini dibuat hasil kerjasama PI Napoh, Jerlun, Pokok Sena, Kodiang dan Gunung Hilir. Ladang Ternakan Madu Kelulut ini dimiliki oleh Ketua Pengawai Eksekutif iaitu Encik Rameli Bin Abdul Rahman. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada usahawan serta meningkatkan produktiviti perusahaan yang diceburi oleh mereka.
Lawatan ditemani oleh pengusaha Projek Ternakan Madu Kelulut, Encik Rameli Bin Abdul Rahman. Sepanjang lawatan berlangsung, pelbagai maklumat usahawan dapati mengenai proses penghasilan madu kelulut. Seterusnya, lawatan beralih ke kiosk produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan menggunakan madu kelulut. Kesemua produk yang dihasilkan menggunakan madu kelulut asli tanpa campuran bahan kimia. Antara produk yang dihasilkan ialah madu kelulut, sabun muka, krim muka, bedak sejuk dan losyen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: