Program Santai Sihat Gua Gunung Keriang
3 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniProgram Santai Sihat Gua Gunung Keriang adalah program anjuran Pejabat Daerah Kota Setar bersama-sama Pusat Internet 1 Malaysia kawasan berhampiran. Antara PI terlibat adalah PI Napoh, PI Kodiang, PI Jerlun, PI Gunung Hilir, dan PI Pokok Sena.
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mempromosikan Gua Gunung Keriang kepada umum setelah hampir 5 tahun ditutup kepada awam. Bersempena Discover Kedah 2016, Gua Gunung Keriang adalah salah satu tempat menarik yang akan ditonjolkan kepada umum.
Disamping itu, program ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PI Kedah dan Pejabat Daerah Kota Setar dan seterusnya dapat mempromosikan PI Kedah kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: